Tuesday, October 18, 2011

Watak-watak Baru Langkamaya 2


Memperkenalkan watak-watak baru dalam
komik Langkamaya 2, boleh terus ke blog komik.

Tuesday, October 4, 2011

Jalan-jalan Cari Buku 2


Komik ini pula aku beli sebelum umat Islam
menyambut Ramadan. Lebih kurang sebulan
juga le aku 'order' kat Basheer Graphic Bookstore.
Apa yang menarik, di Basheer, setiap buku yang
dibeli, pelanggan akan dapat diskaun sehingga
15%. Banyak juga judul-judul yang ada di Basheer,
tidak terdapat di Kinokuniya/ KLCC. Jadi bagi pembeli
buku-buku art dan juga komik, pandai-pandai le nak cari
judul-judul yang memikat hati.

Balik pada komik yang aku beli ini berjudul
'Lucha Libre: Heroing's a Full Time Job (Tips Appreciated)'.
Komik yang ditulis oleh Jerry Frissen dan dilukis oleh
5 pelukis hebat iaitu namely Bill, Tanquelle, Fabien M, Gobi
dan Nikola Witko untuk volume ini.

Mempunyai 4 cerita komik yang berbeza dan tidak berkaitan.
Jalan cerita yang menarik dan lucu, karekter2 yang memakai
topeng dan comel2 dan agak cool. Kalu korang perasan, komik
ini pernah di'review' oleh majalah POPCORN, tapi aku tak ingat
isu yang ke berapa. Aku malas nak tulis panjang-panjang, cukuplah
aku katakan yang komik ini lucu, menghiburkan dan layak le untuk
dimiliki bagi mereka yang sukakan komik
yang bergenre begini!

Jalan-jalan Cari Buku 1




Posting kali ini berkenaan buku-buku art dan juga
komik-komik yang aku beli sepanjang tahun ini.
Aku hanya ingin berkongsi agar dapat dijadikan
rujukan yang bermanfaat.

Buku yang hebat ini berjudul 'ICON: The DC Comics
& Wildstorm Art of Jim Lee', yang mana aku perolehi
melalui pesanan di Basheer Graphic Book Store di BB
Plaza. Buku ini dimuatkan dengan semua hasil sentuhan
terbaik Jim Lee dan di bahagikan kepada beberapa seksyen
watak-watak superhero DC yang terkenal seperti Batman,
Superman, Wonder Woman dan lain-lain.

Apa yang menarik tentang buku ini, ianya mempunyai
hasil unik yang meliputi dari lakaran, proses inking, thumbnail,
lakaran 'storyboard', Illustrasi berwarna dan juga rekabentuk
untuk 'action figure'. Semua hasil kerja sememangnya memukau
dan fantastik!

Hasil sentuhan magis Jim Lee ini membuatkan aku tak senang
duduk sewaktu membelek sehelai demi sehelai dan banyak
perkara tentang lukisan komik yang boleh dipelajari.

Buku yang mempunyai 296 mukasurat dan berkulit keras ini
memang layak untuk dimiliki oleh pencinta-pencinta komik!
Memang aku rekemen korang beli buku ini jika korang
peminat komik tegar!

Thursday, September 29, 2011

Siri 55 Komik Formula

Komik 'Formula' di akhbar lokal, KOSMO! ini sudah pun masuk ke siri 55. Komik yang berkisarkan zaman apokalips, zombi dan lain-lain. Aku cukup suka cerita bergenre begini, sebabnya, bebas melakar watak-watak dan tidak terikat dengan zaman-zaman tertentu. Kalau aku dapat mengarah filem, mungkin filem bergenre begini yang menjadi permulaan. Insya-Allah, jika tiada aral, komik ini akan berakhir pada siri 90 lebih. Jika ini tercapai, komik ini berada di KOSMO! selama 3 bulan.

Cukup le untuk aku berhenti dan memikirkan idea-idea lain untuk berkarya dalam akhbar ini dalam masa akan datang. Cuma melukis komik 5 keluaran seminggu, cukup membuatkan aku berdisiplin dalam melukis, walau pun kadang-kadang tu agak pening untuk memikirkan tentang 'angle' dan juga susunan panel-panel komik agar kelihatan menarik. Selamat Membaca!

Friday, August 5, 2011

kOMIK LANGKAMAYA 2




Alhamdulillah, komik ini
berjaya di cetak... boleh baca
kisahnya disini.. atau klik sahaja
pada butang blog Langkamaya.

Wednesday, July 13, 2011

Komik FORMULA diKOSMO


Alhamdulillah. Ini merupakan hasil kerja terbaru dalam
dunia komik. Komik ini baru bermula pada 11 Julai yang
lalu. Komik akhbar ini bertajuk 'Formula' dan
boleh di dapati pada akhbar kompak iaitu KOSMO!
setiap hari Isnin hingga jumaat.

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti siri ini,
bolehlah mendapatkan akhbar KOSMO! Komik
ini berkisahkan dunia apokalips tetapi masih ada
mesej yang hendak disampaikan dan
sebarang cadangan atau pendapat, bolehlah 'post'
pada ruangan komen. Selamat Membaca!

Illustrasi 8 dan 9



Lama sudah aku tidak kemaskini blog, sibuk
dengan tugas harian, keluarga dan faktor-faktor
lain. Ini merupakan hasil kerja aku sebagai pelukis
di sebuah syarikat tempatan dan sudah pun diterbitkan.

Masih menggunakan kaedah yang sama, teknik vektor
dan photoshop. Cuba untuk bereksperimetasi dengan
elemen-elemen yang lain, akan datang aku akan cuba
menajamkan lagi skil vektor.

Monday, February 14, 2011

Komik Samurai


Selamat menyambut Hari keputeraan Nabi
Muhammad s.a.w. 12 Rabiul Awal 1432H.

Di hari yang mulia ini, moga kita sama-sama
dapat mengamalkan
sunnah nabi kita yang
mulia dan yang kita kasihi disamping mengerja-
kan segala perintah baginda dan meninggalkan
perkara yang dilarang.

Post kali ini, aku ingin mewar-warkan tentang
komik Samurai, komik baru bagi akhbar
Utusan Malaysia keluaran hari Sabtu, sisipan
akhbar kecil WOW! komik ini menggantikan
komik 'Pemburu' yang telah tamat pada Disember
2010. Komik 'Samurai' ini bermula awal Januari 2011
dan lebih bercorak humor, pengembaraan dan juga
fantasi. Komik ni pun paling lama mungkin dalam
lima bulan, ye lah, seminggu sekali, lain le kalau untuk
keluaran komik KOSMO!.

Kalau malas nak 'follow', aku akan upload
komik ni dan komik 'PEMBURU'
dalam blog tapi korang kena tunggu
lama lagi le...

Monday, January 3, 2011

Illustrasi 7


Masih menggunakan teknik
vektor, cuma pada latar
belakang aku tambahkan
texture agar lebih kesan
klasik dan dramatik.(ye le tu)

Illustrasi untuk akhbar lokal
keluaran hari Ahad. Tapi Illustrasi ni
dah keluar sebulan yang lepas...
aku lambat post...he...he...he...

Sunday, January 2, 2011

Melawat ke studio aku...


Posting kali, aku nak ajak korang lepak bilik aku.
Tapi bukan lepak ke rumah, cuma layan dalam
blog ni je le... hehehe. Bilik tempat aku mencurahkan
idea dan kerja-kerja komik. Sekarang ni walaupun
bizi dengan komik KOSMO! komik Langkamaya #2
tetap jalan. Sudahpun melukis bab yang terakhir.

Tinggal beberapa mukasurat lagi. LEWAT? memang
sudah melebihi 'target' untuk siap. Jangkaan sepatutnya
komik ni dihantar ke editor komik-m pada hujung tahun lepas...
tapi apa boleh buat. Aku hanya mampu merancang, Tuhan
menentukan segala. Atas tu beberapa jenis komik luar negara
diatas meja kerja dibaca dikala lapang kalau penat melukis.


Atas pula beberapa buah buku yang aku sambar
waktu mengunjungi MPH book store 'new year'
baru ni. 3 biji semuanya:
1) Buku 'Mengajar Anak Mudah Solat' RM15
2) Buku 'From Cat Stevens to Yusuf Islam' RM20 dan...
3) Buku 'Fitnah 2012 konspirasi galaktik'RM37.90, karya
yang pernah menulis buku 'misteri Fitnah Dajal'
Buku-buku ni secara tak sengaja jumpa di MPH,
dan menarik perhatian bagi aku untuk baca, tapi belum
le
habis baca lagi. Baru baca content je...


Ini pula merupakan mukasurat terakhir bab 3.
Tapi 'page' ni belum aku solekkan lagi dan touch-up
menggunakan komputer.


Sedutan dari Bab2. Banyak menggunakan
teknik 'hatching'. Masa ni baru beli 'drawing
pen' dan tahap kerajinan yang amat tinggi.


Ini dari mukasurat bab 3, aku suka betul
scene ni, walaupun dialog belon belum aku letak,
dan belum touch-up menggunakan komputer.


Inilah komputer yang banyak berjasa disamping
'scanner'. Kerja2 scan, touch-up, print, cari reference
menggunakan internet dankemaskini blog.
komputer yang takde le baru sangat, dah sekali kena
virus!


Inilah pula meja tempat aku melukis. Berserabut?
kalau korang nak tahu, dah banyak kali kemas,
tapi akan jadi balik macam ni. Aku lebih sukakan
keadaan macam ni sebab senang nak cari barang-barang
untuk aku melukis. Mana taknya, semuanya aku
lambak atas
meja, silap-silap habuk biskut yang
minggu lepas pun
ada dicelah-celah meja tu.
Tu belum masuk kulit chewing gum yang belum
buang.


Kawasan ni jangan kacau. Sebab disinilah tempat
yang sesuai untuk diletakkan air mineral ketika
haus.(masa aku shoot gambar ni takde kopi...)
Minyak cap kapak ketika pening-pening
suam dan juga 'eye-mo'
ketika mata pedih2
mengadap pc.


Ini pula almari buku, tempat bermastautinnya
komik-komik, buku-buku ilmiah, 'artbook' dan
macam-macam jenis buku. Aku sayang sungguh
almari ni, tapi bukan sayang almari, tapi sebab buku-
buku yang ada dalam almari... hehehehe...
Saje untuk kongsikan dengan korang dengan bilik
aku yang tak sempurna dan berbagai-bagai ini... ;)

Selamat Tahun Baru 1432 dan Tahun Baru 2011



Diam tak diam kalendar bertukar. Dari
tahun baru hijrah 1431 ke 1432 dan sudah
pun masuk 28 Muharam. Begitu juga dengan
tahun Masehi dari tahun 2010 sudah pun
masuk 2011. Selalunya bila bertukar kalendar,
kebanyakan orang akan berazam dan bercita-cita.
Aku? Tidak pula untuk berazam-azam ni, cuma...

ingin menjadikan diri ini lebih baik dari tahun-tahun
lepas dari semua segi yang diceburi. Dari segi amalan
dan juga kerjaya. Lagipun tahun ni umurku sudahpun
menjangkau 37 tahun. Ini bermakna lagi 3 tahun aku
sudah pun mencecah 40 tahun. 40 tahun merupakan
angka Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi Rasul
Allah. Bukan bermakna hendak membanding diri yang
hina ini dengan kemuliaan Rasul, ibarat langit dengan
bumi! Cuma apa yang aku nak kongsikan di sini ialah
bila umur sudah menjangkau 40-an, bukan saat untuk
main-main lagi.

Tapi itu merupakan satu titik umur yang teramat serius,
bak kata pepatah, 'rumah kata pergi, kubur kata mari'.
Bukankah pesan Rasullullah' manusia yang paling bijak
ialah manusia yang sentiasa mengingati mati, dan manusia
yang bodoh ialah manusia yang lara dan tak ingat langsung
bab mati'. Kesimpulannya semakin tahun berubah, umur
semakin lanjut, saat kematian makin hampir, jadi adakah
kita ni sebagai orang awam sudah bersiap-sedia?

Yang tu tepuk dada tanya iman, sendiri jawablah... hehehe...
berbalik pada posting sebelum ini, aku sekarang agak bizi
kerana terlibat dengan komik untuk suratkhabar kompak
iaitu KOSMO! Apa yang aku nak kongsikan yang melukis
komik harian ini memerlukan persiapan dari segi mental
dan fizikal. Sebab ianya berbeza dengan melukis komik
bulanan ataupun komik yang tanpa 'deadline' yang lebih
rileks. Walaubagaimanapun bila melukis komik untuk
penerbitan harian menyebabkan idea dan daya kreativiti
hilang, tapi aku cuba 'maintain' untuk tidak terlalu menjadi
buruk!

Jadi pada sesiapa yang berminat untuk baca komik,
silalah mendapat akhbar KOSMO! setiap hari!
Related Posts with Thumbnails