Sunday, December 30, 2012

Komik penutup 2012

Komik Paranormal yang terbit di akhbar kompak KOSMO! berakhir pada 31 dis. 2012
berakhir pada siri yang ke 114. Komik yang berkisahkan sebuah badan pencegah entiti
paranormal yang membasmi makhluk-makhluk halus. Sepanjang melukis komik ini banyak berhadapan dengan musim cuti... cuti raya, cuti sekolah dan 
berbagai-bagai cuti. 

Alhamdulillah aku bisa menghabiskannya walaupun kadang-kadang hasil lukisan komik ini amat teruk, ya le komik keluaran tiap-tiap hari le katakan. Untuk tahun hadapan, terasa hati ingin publish komik solo terbitan sendiri, tapi memerlukan hasil rujukan, kajian dan berbagai. Tengok le... Insya Allah...

Wednesday, October 17, 2012

Komik baru

Di antara 3 mukasurat komik humor
Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar, komik ini akan di publish pada sebuah majalah komik/kartun lokal. Cerita komik ini hanya 'one-shot' je, tiada bersiri. Masih mengekalkan konsep purba, aku minat sungguh genre ni walaupun market kurang. Lantak pi la... janji aku bahagia.

Paranormal

Komik ini sudah lama terpampang dalam akhbar Kosmo! Siri yang akan datang siri yang ke 63, agak panjang juga cerita komik akhbar
ini. Apabila satu pertubuhan paranormal menyiasat akak kehilangan batu zamrud kuning yang di lesapkan oleh makhluk-makhluk aneh dan apabila si pontianak, orang minyak dan makhluk sotong mula bersatu untuk kuasa kegelapan, berjayakan si hero membereskan mereka? Kalau rajin boleh le baca komik ini.

Sunday, July 8, 2012

Vektor lagi dan lagi dan lagi...

Dua illustrasi vektor yang sudah pun terbit di sebuah akhbar lokal tempatan.
Sebelah kiri berkaitan dengan kisah isu sosial dan yang di sebelah kanan
berjudul 'Nenek'. Boleh sama-sama layan... ;)

Sunday, July 1, 2012

Vektor Lagi

Hampir berbulan-bulan tidak update blog. Insya-allah, aku akan cuba komit di mulai bulan Julai ni.
Banyak peristiwa-peristiwa yang okay-okay sebenarnya. Layan vektor klasik ini dulu. ;))

Saturday, February 25, 2012

Komik Baru dan vektor baru


Lukisan Vektor yang baru terbit beberapa minggu lepas.
Di dalam akhbar yang sama. Cuba untuk mempersembahkan
dalam design yang lain. Tapi tu la, kadang-kadang bila benda
sama yang dilakukan tiap-tiap hari, jadi buntu. Kalau ada apa-
apa pandangan dan idea boleh bagi komen kat sini. Arghh...
Layan je le...


Komik Formula dalam akhbak kompak Kosmo!
Ini pula komik M3 akhbar sisipan pada hari sabtu.
Komik ini aku berkonsepkan komedi romantik...
Iya ke? boleh lah. Komik ini berjudul
BoyQistina'. Cuba le layan komik baru ni.
Kalau komik ni dah tamat atau ada kelapangan
untuk aku buat blog khas untuk komik ini.
Doa kan lah.

Jalan-jalan Cari Buku 3


Ultimate War
Komik ni memang best dan favourite.
Di tulis oleh Mark Millarr (kick ass, the ultimate)
dan dilukis oleh Chris Bachalo (steampunk, xmen)
kalau siapa yang sukakan komik steampunk boleh
beli komik ni. Harga dalam RM60++. Sketchnya yang
tak boleh tahan.


Batman: The Dark Knight: Golden Dawn
Komik ni karya David Finch dan Jason Fabok.

Harga dalam RM80++ . Komik ini ibarat menonton

sebuah 'movie' bergerak.


Batman: Arkham City

Komik yang aku borong di Kino tempohari,
ada dalam 3 buah. Tapi komik ni aku belum baca,
baru belek-belek, apa yang best komik ni ialah
di tulis oleh Paul Dini(batman: animated series)
dan dilukis oleh Carlos d'anda (deathblow).
Harga dalam Rm80++. Apa yang aku boleh rekmen,
hasil sentuhan Carlos d'anda yang boleh
memukau mata termasuk 'character design'.

Friend art unutk Kartini komik-m


Salam, agak lama tak update blog picisan
ni, cuma ni salah satu lukisan cepat yang
dihasilkan untuk komik-m 'Karitini/ Tembakau'.
Insya-allah jika tiada aral, ada le nanti.
Terima kasih atas jemputan dari editorial
komik-m. ;)
Related Posts with Thumbnails