Tuesday, October 4, 2011

Jalan-jalan Cari Buku 2


Komik ini pula aku beli sebelum umat Islam
menyambut Ramadan. Lebih kurang sebulan
juga le aku 'order' kat Basheer Graphic Bookstore.
Apa yang menarik, di Basheer, setiap buku yang
dibeli, pelanggan akan dapat diskaun sehingga
15%. Banyak juga judul-judul yang ada di Basheer,
tidak terdapat di Kinokuniya/ KLCC. Jadi bagi pembeli
buku-buku art dan juga komik, pandai-pandai le nak cari
judul-judul yang memikat hati.

Balik pada komik yang aku beli ini berjudul
'Lucha Libre: Heroing's a Full Time Job (Tips Appreciated)'.
Komik yang ditulis oleh Jerry Frissen dan dilukis oleh
5 pelukis hebat iaitu namely Bill, Tanquelle, Fabien M, Gobi
dan Nikola Witko untuk volume ini.

Mempunyai 4 cerita komik yang berbeza dan tidak berkaitan.
Jalan cerita yang menarik dan lucu, karekter2 yang memakai
topeng dan comel2 dan agak cool. Kalu korang perasan, komik
ini pernah di'review' oleh majalah POPCORN, tapi aku tak ingat
isu yang ke berapa. Aku malas nak tulis panjang-panjang, cukuplah
aku katakan yang komik ini lucu, menghiburkan dan layak le untuk
dimiliki bagi mereka yang sukakan komik
yang bergenre begini!

6 comments:

  1. Hafiz
    Kalau dapat diletakkan dia punya harga, lagi membantu peminat tegar komik untuk memelikinya.

    ReplyDelete
  2. terima kasih che gu, Insya- Allah, utk jalan2 cari komik@buku saya akan sertakan harganya, weekend ni saya hendak ke pesta buku BIG BAD WOLF, dengar citer, sana byk buku murah2... hehhe...

    ReplyDelete
  3. ya, event itu di UPM Serdang. nak turun ke sana tidak berkesempatan. ada projek baru dengan Komik M ke? Langkamaya 2 pun belum saya miliki...insya allah hujung minggu ini jalan2 cari komik di Kedai Buku Banggol.

    ReplyDelete
  4. ooo Begitu, setakat ini belum ada projek lagi dengan komik-m, tapi idea sudah ada. Bukan kesinambungan Langkamya. Tetapi idea yang lain, belum lagi diterjemahkan dalam bentuk proposal(maknany lambat lagi le ;)).

    Terima kasih atas sokongan che gu, kalau che gu sudah habis membacanya, boleh lah memberi sebarang maklum balas agar saya boleh memperbaiki karya saya di masa-masa akan
    datang. ;))

    ReplyDelete
  5. Semalam sudah dapat saya milik Langkamaya 2: Aisyah Puteri dan Misi Menyelamatkan Puan Ainon. Kali ini agak lamat saya milik komik-komik terbitan PTS Pop.

    Langkamaya, sebuah komik fantasi aksi kependekaran Melayu Nusantara yang seronok dibaca kerana penggisian nilai pengajaran diterapkan di akhir penceritaan.

    Ingin saya lihat adegan muangthai, silambam dan kuantau di dalam episod akan datang. Hehehe

    ReplyDelete
  6. hui... cepat ya che gu bergegas untuk memiliki KOMIK-M, terima kasih sekali lagi atas sokongan che gu... hehehe... Saya pun baru beli KOMIK MISI MENYELAMTKAN PUAN AINON dikedai mamak lepas solat jumaat tadi...

    dan terima kasih juga kerana membaca komik LM2 sampai habis, tentang gaya-gaya persilatan dan ilmu pertahanan itu, mungkin lambat lagi saya nak buat. Komik no 3 mungkin berunsur kan dakwah, sesuai dengan guide line PTS dan memandangkan komik genre ini masih belum meluas, saya akan cuba. Idea sudah pun berlegar-legar di dalam kepala.

    namun komik yang akan datang ini turut memasukkan unsur2 humor dll.

    Teringin juga untuk melukis komik independent(cetak sendiri). Insya-ALLAH,
    masih lagi dalam peringkat perbincangan
    dengan kawan seangkatan. Jika ianya menjadi
    kenyataan, akan saya war2kan dalm blog, pergh dan juga fb. ;)). Kalau saya bertandang ke Trengganu, bole juga kita sembang2 komik...hehehhe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails