Wednesday, September 30, 2009

Pemburu 13 , 14 & 15




Tidak terlambat untuk aku mengucapkan
'Selamat Menyambut Eidulfitri' dan maaf, zahir
dan batin bagi sesiapa yang mengenali atau yang
sudi singgah di blog aku nih.
Maaf diatas kelewatan post komik seperti yang
aku janjikan, Ramadan lepas memang aku teramat
sibuk. Baru start keje sehari dan subuh ni ada
time untuk update blog... boleh baca komik
ni dari atas(ep 13) kebawah...(ep 14 & 15)

Saturday, September 12, 2009

Pemburu 12


Sebelum menyambut Aidilfitri,
aku akan postkan komik ini
sehinggalah episod 13 dan episod 14
yang akan keluar pada 19 september.
Itupun kalau plan asal untuk balik
kampung tidak diubah.


Dan Insya-Allah jika diberi
kelapangan masa pada minggu
ini, aku akan update blog
Langkamaya 2 yang dah lama
aku xupdate. Sabar ya!!

Buku best!!!


Semasa aku membeli belah komik untuk
menyambut raya tahun ni di kinokonuya, klcc,
aku terpandang sebuah buku bertajuk 'Membongkar
misteri Dajal'. Buku yang berharga RM37.90 ini aku beli
tanpa was-was. Buku ini hasil karangan Muhammad
Nurani Maarif cuba menjawab sejauhmana kebenaran
fakta Muhammad Isa Dawud dan membongkar identiti
Dajal secara in-person.

Tinggal beberapa helai lagi buku ini akan habis
dibaca. Apa yang hendak aku kongsikan disini
ialah, sebagai umat akhir zaman, kita sebagai muslim
hendaklah bersedia menghadapi 1001 kemungkinan
yang akan berlaku. Sebagai muslim, kita juga harus
mengenali siapa musuh kita, apakah rancangan jangkamasa
panjang musuh dan tindakan mereka untuk memerangi
umat Islam. Buku yang membongkar misteri stonehenge, patung
terracota dan lain-lain lagi ini boleh dijadikan iktibar dan sebagai
umat Muhammad s.a.w dalam menjaga aqidah dan tauhid.

Aku rekeman korang beli dan baca. Banyak info2 tentang
musuh Islam yang korang akan tahu dan terdedah! Tak
rugi!!!

Komik Pedang



Sedang aku mengemaskini fail folder dalam pc,
aku terjumpa komik yang mengimbas kembali
memori dulu. Komikbercorak fantasi yang aku muatkan
dalam salah sebuah majalah 'infotainment' yang sudah pun
berakhir. Komik ini dilukis dalam keadaan yang tergesa-gesa
dan mendapat idea yang spontan selepas ditelefon oleh editor
kerana mempunyai muka surat yang kosong.

Apa yang cuba aku sembangkan disini adalah,
sebagai pelukis komik, jika berhadapan
dengan 'dateline' yang agak ketat,
seorang pelukis komik itu tidak harus
mencari 1001 alasan untuk tidak
menyiapkan karyanya. Cuma pandai2lah
membahagikan masa dan disiplin
juga harus dijaga, walaupun kebarangkalian
stroke lukisan dan angle yang kurang bila
komik dibuat dalam keadaan yang tergesa2!!
Related Posts with Thumbnails