Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru 1432 dan Tahun Baru 2011



Diam tak diam kalendar bertukar. Dari
tahun baru hijrah 1431 ke 1432 dan sudah
pun masuk 28 Muharam. Begitu juga dengan
tahun Masehi dari tahun 2010 sudah pun
masuk 2011. Selalunya bila bertukar kalendar,
kebanyakan orang akan berazam dan bercita-cita.
Aku? Tidak pula untuk berazam-azam ni, cuma...

ingin menjadikan diri ini lebih baik dari tahun-tahun
lepas dari semua segi yang diceburi. Dari segi amalan
dan juga kerjaya. Lagipun tahun ni umurku sudahpun
menjangkau 37 tahun. Ini bermakna lagi 3 tahun aku
sudah pun mencecah 40 tahun. 40 tahun merupakan
angka Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi Rasul
Allah. Bukan bermakna hendak membanding diri yang
hina ini dengan kemuliaan Rasul, ibarat langit dengan
bumi! Cuma apa yang aku nak kongsikan di sini ialah
bila umur sudah menjangkau 40-an, bukan saat untuk
main-main lagi.

Tapi itu merupakan satu titik umur yang teramat serius,
bak kata pepatah, 'rumah kata pergi, kubur kata mari'.
Bukankah pesan Rasullullah' manusia yang paling bijak
ialah manusia yang sentiasa mengingati mati, dan manusia
yang bodoh ialah manusia yang lara dan tak ingat langsung
bab mati'. Kesimpulannya semakin tahun berubah, umur
semakin lanjut, saat kematian makin hampir, jadi adakah
kita ni sebagai orang awam sudah bersiap-sedia?

Yang tu tepuk dada tanya iman, sendiri jawablah... hehehe...
berbalik pada posting sebelum ini, aku sekarang agak bizi
kerana terlibat dengan komik untuk suratkhabar kompak
iaitu KOSMO! Apa yang aku nak kongsikan yang melukis
komik harian ini memerlukan persiapan dari segi mental
dan fizikal. Sebab ianya berbeza dengan melukis komik
bulanan ataupun komik yang tanpa 'deadline' yang lebih
rileks. Walaubagaimanapun bila melukis komik untuk
penerbitan harian menyebabkan idea dan daya kreativiti
hilang, tapi aku cuba 'maintain' untuk tidak terlalu menjadi
buruk!

Jadi pada sesiapa yang berminat untuk baca komik,
silalah mendapat akhbar KOSMO! setiap hari!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails