Thursday, November 4, 2010

Komik Terbaru: dalam pembikinan


Komik terbaru ini bakal lahir. Sekarang ni aku
cuma tengah mengumpul kan stok. Stok untuk
keluaran sebulan (itu pun jika sempat dan tiada
aral yang lain).

Komik ini juga bakal memasuki slot untuk akhbar
kompak. Bukan sisipan WOW akhbar lokal. Yang
pastinya komik ini memasukkan elemen kepahlawanan,
komedi, cinta dan juga sosial. Cuba untuk bereksperimen
dalam genre baru dan juga cara persembahan
komik yang berlainan dari karya-karya aku
yang lalu. Dah keluar nanti aku umumkan disini
nanti...

Update!!!


Masa semakin suntuk, hanya beberapa hari
lagi akan mencecah tahun baru(masihi)
tapi diri ini masih setia melukis untuk
menamatkan komik ini!!! Komik apa?

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri



Salam Aidilfitri... selamat tinggal
Ramadan... jika dipanjangkan usia, Insya-Allah
kita akan bertemu lagi dengan Ramadan akan
datang. Di sini aku ingin mengucapkan 'Selamat
Menyambut 1 Syawal', semoga kehidupan dan
segala amalan sepanjang bulan Ramadan diterima
oleh Tuan Punya Dunia ~ ALLAH s.w.t.

Di kala bulan dan hari yang baik ini, aku ingin mengucapkan
'Maaf, Zahir & Batin' sekiranya celoteh2 disini atau pun
sepanjang aku menghasilkan karya komik telah menyinggung
sesiapa. Sudah menjadi kelemahan aku sebagai makhluk
ciptaanNya. Jadi di kesempatan ini aku menghadiahkan
wallpaper Raya untuk desktop PC, jika sesiapa yang
berhajat boleh le download secara PERCUMA!!!

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan


Selamat menyambut Ramadan
Al Mubarak 1431 Hijrah semoga
mendapat keberkatan, rahmat dan
kelepasan pada api neraka!

Ayuh... berlumba-lumba untuk
mendapatkan ganjaran yang
besar pada bulan yang penuh
dengan barakah ini ;))

Monday, August 9, 2010

Profil watak-watak.


Profil watak-watak komik Langkamaya yang
telah dihidangkan, boleh baca atau di layan bagi
sesiapa yang mempunyai masa yang terluang.
Proses komik yang berikut ada juga dihidangkan
dan tunggu untuk preview komik yang terbaru
seterusnya! ;))

Komik Pemburu: the making of...


Hanya untuk memaparkan tentang proses melukis
komik... argh!!! Mungkin ramai dah tahu bagi mereka
yang sememangnya pelukis komik. Aku sahaja hendak
berkongsi, lagipun dah lama tak update blog ni. Di ambil
daripada komik 'PEMBURU'(komik akhbar sisipan/WOW)
dari akhbar lokal:


A) Lukisan komik yang sudah siap disketch, inking dan
sudahpun discan beresolusi 300 dpi. Sebelum discan,
hendaklah lukisan komik tersebut sudahpun dipadam
sketching pensel dan bagi sesiapa yang menggunakan
pensel biru tak perlu padam, hanya terus scan!
proses ini memerlukan kebersihan pada lukisan komik,
memandangkan proses seterusnya akan melalui
pewarnaan digital.

B) Latar belakang panel diwarnai terlebih dahulu, mode
ini mengikut kreativiti colourist mengikut tema, skrip ataupun
suasana peristiwa jalan cerita komik itu sendiri agar kelihatan
menarik dan real.

C) Proses berikutnya memerlukan daya kekuatan kreativiti untuk
memasukkan elemen-elemen efek pada latar belakang watak-watak
untuk memainkan suasana hidup dan lebih dramatik! (betul ke tu?)

D) Proses final, semua watak-watak yang ada diwarnai sepenuhnya
menggunakan warna digital, teknik gelap dan cerah perlu ada, untuk
memastikan yang watak-watak itu lebih menonjol dari pewarnaan latar
belakang.

Illustrasi 6


hem... ni selingan sahaja, hanya dari
paparan untuk akhbar lokal. Teknik
vektor ini memang menjadi kegemaran,
cepat dan senang untuk menyusun dalam
bentuk hiasan.
Tak percaya? Cubalah... ;)

Wednesday, July 14, 2010

Komik Niaga 1


Komik Niaga?
Apa itu Komik Niaga?
Komik Niaga adalah satu medium informasi
berbentuk e-komik(Komik digital) yang menyalurkan
maklumat mengenai perniagaan internet, khas untuk
semua rakyat Malaysia. Jadi bagi sesiapa yang inginkan
naskhah Komik Niaga isu yang pertama ini, eloklah
memuat turun pada 'link' yang diberikan.

Dan ianya PERCUMA!!!

Tuesday, July 13, 2010

Blog sudah OK!!!


Aku harap korang boleh
tatap Illustrasi untuk akhbar lokal ini.
Oh... Ya, kalau ada masa boleh singgah
ke BLOG KOMIK LANGKAMAYA, ada 'posting'
baru. Lama sungguh aku tak 'post' apa-apa dalam
blog. Sibuk dalam melukis komik solo ke 2.
Baru-baru ni aku agak cuak dan berpeluh,
kerana secara tiba-tiba blog aku telah
di 'remove' oleh Google, begitu juga dengan
gmail aku terus tak boleh 'sign in'.

Aku menghantar emel pada Google tentang
permasalahan ini. Seminggu jugak la blog
ini tidak dapat dibuka, alamat blog memang
kena remove. Tapi... Alhamdulillah, jumaat
lepas sewaktu aku buka emel yahoo, Google
membalas emelku, memang ada kesilapan
teknikal. Aku sungguh gembira sehinggakan
sanggup menukar 'LANGSIR' blog, ingatkan
dah habis riwayat blog ini dan tatkala itu
peluh ku makin kering. ~ heh ~

Monday, May 3, 2010

Illustrasi 5


Hanya untuk update artwork
yang terbaru, aku pernah berimpian
untuk mengkoleksikan semua 'artwork2'
ini, tapi tu la siapa pula yang berminat untuk
membeli hasil-hasil seni yang begini.

Tapi itu hanya impian dan cita-cita, belum
tentu akan tercapai pun kalau tak betul-betul
serius. Apa-apa pun layan...

Tuesday, April 6, 2010

Illustrasi Ke 4


Ini bukan kisah Hang Tuah, sedang
aku sibuk google untuk pencarian
watak yang sesuai bagi illustrasi ini
terjumpa gambar dengan komposisi
yang menarik, selesai aku vektorkan
maka inilah hasilnya... layannnn....


Illustrasi untuk akhbar lokal. Masih menggunakan
teknik yang sama, illustrasi ini dihasilkan secara
cepat, pagi dapat bahan, petang harus disiapkan.
Jadi komposisi agak mendukacitakan, namun
aku tetap layan menghasilkannya.

Wednesday, March 31, 2010

Pesta Buku 2


Sepanjang kehadiran di pesta buku, aku turut
membeli komik-komik yang dijual disitu, Jangan
terkejut jika komik yang disusun cantik diatas
ialah komik-komik hasil tangan orang Malaysia.
Kagum betul, harap-harap banyak lagi komik2
yang akan diterbitkan bagi memeriahkan 'scene'
komik temapatan.

hidup komik malaysia!!!



Gambar ni agak kabur, mungkin orang yang
ambil gambar ni amat terkejut dengan kehadiran
jejaka-jejak macho ni...hehehehehe
dari kiri En. Wanzu, Bop, aku... duduk, reja, alif
dan poyo.... Sekalung ucapan terima kasih pada
en. Wanzu dan Alif kerana menjemput kami semua
dalam mempromosi komik-komik-m di booth PTS.
Jasamu semua dikenang dan kenangan manis
yang tak dapat dilupakan.


Menggigil jugak melukis secara 'live' ni...
pac, ko tengok apa tu?


Berbaju biru tu Alif, bersama produk
baru dan peminatnya... best buku dia
ni...
(tq alif sebab ambik gambar...hehehe)

Yang ni pulak sedang menunjukkan
demo melukis komik, komik 'Langkamaya #2'
sempat jugak siapkan satu page, cuma tak sempat
nak 'black'kan, sebab lupa bawak maker...
kelihatan pelukis pac dan jas sedang sibuk
melayan peminat-peminat...


Ni pulak, pelukis-pelukis komik-m, yang
dirakamkan bersama latar belakang pameran
pekomik. Dari kiri reja(shootz) pac(twinx) jas
(meon) bop(ultra Qalif) dan yang malu-malu
kucing ni kartunis poyo(kecemprengman).


Wow... teramat meriah suasana di pesta buku,
aku rakamkan kat sini detik-detik bersama
pengunjung-pengunjung yang membanjiri 'booth'
PTS, bersama aku yang berbaju hitam itu ialah
pelukis komik PAC, tahniah pac ko menang!!!

Friday, March 26, 2010

Pesta Buku


Wow... hari ni, aku akan berada
di booth Pts sempena pesta buku 2010
di pwtc. Memang plan nak 'shopping'
buku-buku yang menarik disamping
bertemu dengan rakan-rakan sealiran,
jadi pada sesiapa yang nak bersua muka
dengan pelukis komik-m, semua dijemput
hadir dan sama-sama meriahkan majlis ni.

hidup komik-m!!!

Monday, March 8, 2010

3rd Illustrasi...


Illustrasi yang menggabungkan lukisan vektor
dan juga sedikit catan dengan menggunakan
Adobe Photoshop ini, maka terhasil satu illustrasi
untuk sebuah akhbar mingguan baru-baru ini,
dan kali ini aku agak lewat dalam mengemaskini
blog atas sebab-sebab kesibukan menguruskan hal-
hal peribadi dan juga...

...untuk menghasilkan komik yang kedua. Segala
'update' terbaru mengenai komik ke dua, boleh
lawati blog komik Langkamaya...

Episod 29 - 34







Episod 29 - 30... komik ini sudah pun
bergerak ke episod 30, namun banyak
lagi peristiwa yang belum dirungkai dan
akan terbongkar sebelum terjadinya wabak
yang mengakibatkan manusia yang
bertukar menjadi 'mayat-mayat hidup'...
selamat membaca...

Monday, February 1, 2010

Data Jualan Komik-M bagi tahun 2009

Alhamdulillah jualan ke semua tajuk-tajuk 'komik-M' amat

memberansangkan. Ini menunujukkan yang komik-m@komik Malaysia
mula mendapat tempat di hati pembaca-pembaca. Komik-M juga dapat
memberi saingan dengan kemasukan komik-komik Jepun, Amerika dan Hong
Kong... dan syabas kepada PTS dan juga pelukis-pelukis dan pengkarya-pengkarya
Komik yang berjuang tanpa jemu dan bosan untuk memastikan yang Komik Malaysia
mempunyai identiti yang tersendiri dan menampilkan naskhah-naskhah yang
berkualiti.

Data ini memberi semangat padaku untuk terus berkarya... (walaupun lambat sikit hehehehe)
tapi tu la... Kecempreng man #1, #2 dan Twinx #1 takde pulak dalam list?...

Perjuangan Membuka Pasaran Laut Biru Komik-M

PTS menerbitkan siri Komik-M (singkatan Komik-Malaysia) yang mempunyai 2 ciri utama yang membezakannya dengan komik-komik lain dalam pasaran, yakni (i) syariah-compliant, dan (ii) menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Projek Komik-M adalah satu lagi projek inovasi dari jabatan editorial PTS. Sebagaimana dengan usaha memperkenalkan inovasi baru, ia melibatkan kerja kuat yang mesti dilakukan dengan modal yang besar, secara sistematik, berfokus, bertubi-tubi dan konsisten bagi mempengaruhi dan mengubah citarasa pengguna yang ditargetkan.

Data di bawah adalah rekod jualan Komik-M bagi tahun 2009.

dan dirujuk pada blog dunia feeqry ( aku ambil dari kiraan blog korang ;) )

1. Shootz! (Reja) - 3,964 BLOG REJA

2. Komik-M Raya 1 (Artis2 Komik-M) - 3,812

3. Kad Raya dari Syurga (Artis-artis Komik-M) - 3,344

4. Komik-M Kartini (Tembakau) - 3,159

5. Langkamaya (Hafiz) - 2,777 BLOG HAFIZ

6. Takaza 1 (Sitrahaslee) - 2,463

7. Orang Kuat (Alif Kacak) - 2,399 BLOG ALIF

8. Twin-X 2 (PAC)- 2,392

9. Budak Takraw 1 (Anshari) - 2,362 BLOG ANSHARI

10. Hibrid 1 (Aviltone) - 2,164

11. Lili Lulu Lala 2 (Nurazmi) - 2,052 BLOG NURAZMI

12. Smash-20 (Irfan F-one-R :D) - 1,857 BLOG F-ONE-R

13. Shootz! 2 (Reja) - 1,812 BLOG REJA

14. Aku, Kau & Komik 1 (Artis-artis Komik-M) - 1,662

15. Liga Pendekar: Perikatan Adiwira (Azhar Abdullah) - 1,544 BLOG AZHAR

16. Lili Lulu Lala 1 (Nurazmi) - 1,053 BLOG NURAZMI

17. Aku, Kau & Komik 2 (Artis-artis Komik-M) - 927

18. Kartini Kembali (Tembakau) - 386

link asal

Tuesday, January 19, 2010

2nd illustrasi



Illustrasi untuk cerpen2 akhbar,
aku kongsikan disini, dua untuk
akhbar hari ahad dan satu untuk
akhbar harian. Selalunya bila
mereka benda-benda macam
ni memerlukan imaginasi yang
tinggi, tetapi amat mudah jika
jalan cerita cerpen itu lebih kepada
'straight foward' jika nak dibandingkan
dengan jalan cerita cerpen yang
menjurus kepada abstrak.

Pemburu episod 25 - 28...





Selamat tahun baru hijrah 1431 dan selamat
tahun masihi 2010, agak terlewat untuk aku
ucapkan. Sebelum aku berborak lebih panjang
aku hidangkan komik akhbar pemburu episod
25 hingga 28, boleh baca dari atas hingga bawah.

Banyak kerja-kerja yang berkaitan dengan
lukisan yang aku kena siapkan baru-baru ini
sehingga kerja-kerja melukis komik terbantut.
Walaubagaimanapun aku akan cuba untuk
konsisten bagi memenuhi kepuasan untuk diri
aku sendiri... satu tahun satu buah buku komik.
(Insya-allah kalau sempat....hehehehehe)
Harap korang doakan semoga aku mampu
untuk siapkan komik-m yang kedua...

Related Posts with Thumbnails