Monday, March 25, 2013

Komik dalam e-comic

Komik terbaru sudah pun terbit pada majalah e-comic. Komik berwarna sebanyak 7 muka surat. Komik berkisah dizaman apokalips di mana semua senjata canggih tidak lagi boleh ber fungsi. Sesiapa ingin tahu kisah seterusnya boleh le klik pada link di sebelah.
Ada juga komik-komik dari pelukis lain seperti reja, bophairy, ben, amykameen dan lain-lain. Terima kasih kepada fariz kerana memberi peluang pada aku untuk berkarya dalam majalah online ini. Selamat membaca!!!

Thursday, March 14, 2013

Illustrasi baru

Illustrasi bagi akhbar tempatan, berkonsepkan lukisan vector dan campuran sedikit pop-art dan berlatar-belakangkan reka bentuk kerawang-kerawang. Watak-watak yang ditampilkan memenuhi ruangan reka letak dan oleh kerana jalan ceritanya amat subjektif, aku letak je bangunan KL khususnya KLCC sebagai latar belakang.
Kadang-kadang terfikir juga kalau stail demikian dihasilkan untuk komik. Tapi ada ke orang nak baca & beli? Orang lebih minat baca fesbuk!!!

Monday, March 11, 2013

komik online

 Insya-allah komik ini akan terbit disalah sebuah portal komik online. Komik ini masih mengekalkan tema apokalips. Ada scene lawan-lawan, sembang-sembang dan lain-lain
  Komik yang mempunyai tujuh mukasurat ni korang boleh baca komik ni bila terbit nanti, aku akan bagi link.
Aku harap korang terhibur le skit & bersabarlah
ya... adios!


Related Posts with Thumbnails