Monday, November 2, 2009

Blog Dikemaskini...


Blog Langkamaya sudah pun dikemaskini,
sesiapa yang mengikutinya, boleh le klik pada banner
di tepi untuk mengetahui perkembangan lanjut.
:))

Illustrasi


Illustrasi ni dilukis menggunakan adobe
illustrator dan Photoshop. Illustrasi untuk
cerpen muslimah/ tokoh-tokoh pejuang
muslimah yang akan disiarkan pada akhbar
Utusan Malaysia/ mega...
Layan sebenarnya bila melukis illustrasi sebegini.
Berbeza dengan lukis komik kena banyak memikirkan
tentang panel, komposisi, berimaginasi dan lain-lain.
Illustrasi bahan yang telah diberi dan hanya
berpandukan kehendak bahan, tema dan konsep
cerpen itu sendiri.

Komik Antologi




Ini merupakan tiga mukasurat
komik antologi PTS dari sepuluh
mukasurat. Semua komik ni
sudah pun siap dan akan
diterbitkan tidak lama lagi.
Konsep komik yang dikemukan
bertemakan 'Aku, Kau & Komik".

Di harap sesiapa yang minat akan
komik boleh terus memilikinya
bila keluar nanti. Dengar ceritanya
dari editor Komik-M, Encik Wanzu,
komik antologi ini akan keluar vol
1 & 2. Bertambah meriah le terbitan
komik-M. Apa-apa pun, sokonglah
komik Malaysia!!!

Pemburu 16, 17 & 18




Sudah lama aku tak kemaskini blog,dekat sebulan,
apa-apa pun aku'post' kan untuk tiga episod pada
sesiapa yang singgah ke blog aku ni. Aku teramat
sibuk baru-baru ini kerana terlibat dengan projek
komik antalogi terbitan PTS yang bakal keluar tak
lama lagi. Minggu lepas aku kemalangan motor pula.
lebih lima hari tak melukis akibat kecederaan di tangan.

Aku dah mula melukis untuk Langkamaya #2... aku akan
'preview' komik ni yang telah siap dalam blog Langkamaya.
Komik Pemburu ni boleh baca dari atas ke bawah. Layan...
Related Posts with Thumbnails