Monday, December 14, 2009

Komik Proses... Pemburu Episod 24



Ini merupakan siri komik Pemburu yang ke 24,
menampilkan watak baru iaitu Monica. Siapa Monica?
Akan terjawab nanti. Di sini aku 'post' kan juga proses
pembikinan untuk siri komik akhbar ni dari 'sketch' pensel,
dakwat, pewarnaan dan belon dialog...

Mungkin setiap pelukis ada cara yang tersendiri mengikut
'skill' dan kemampuan masing-masing. Apa yang penting,
komitmen dan fokus. Komik Langkamaya #2 masih dalam
proses pembikinan dan akan ada satu 'section' yang baru
dalam blog 'LANGKAMAYA'. Apakah dia? Nantikan
kemunculannya...

Monday, December 7, 2009

Pemburu 19 hingga 23...






Episod-episod seterusnya bagi komik akhbar:
Pemburu. Aku post untuk lima keluaran
sekaligus, memandangkan masa sekarang
yang agak terbatas. Khas untuk tatapan
pembaca yang mengikuti komik ini. Baca
dari atas ke bawah, episod 19 hingga 23.
Layan...

Monday, November 2, 2009

Blog Dikemaskini...


Blog Langkamaya sudah pun dikemaskini,
sesiapa yang mengikutinya, boleh le klik pada banner
di tepi untuk mengetahui perkembangan lanjut.
:))

Illustrasi


Illustrasi ni dilukis menggunakan adobe
illustrator dan Photoshop. Illustrasi untuk
cerpen muslimah/ tokoh-tokoh pejuang
muslimah yang akan disiarkan pada akhbar
Utusan Malaysia/ mega...
Layan sebenarnya bila melukis illustrasi sebegini.
Berbeza dengan lukis komik kena banyak memikirkan
tentang panel, komposisi, berimaginasi dan lain-lain.
Illustrasi bahan yang telah diberi dan hanya
berpandukan kehendak bahan, tema dan konsep
cerpen itu sendiri.

Komik Antologi




Ini merupakan tiga mukasurat
komik antologi PTS dari sepuluh
mukasurat. Semua komik ni
sudah pun siap dan akan
diterbitkan tidak lama lagi.
Konsep komik yang dikemukan
bertemakan 'Aku, Kau & Komik".

Di harap sesiapa yang minat akan
komik boleh terus memilikinya
bila keluar nanti. Dengar ceritanya
dari editor Komik-M, Encik Wanzu,
komik antologi ini akan keluar vol
1 & 2. Bertambah meriah le terbitan
komik-M. Apa-apa pun, sokonglah
komik Malaysia!!!

Pemburu 16, 17 & 18




Sudah lama aku tak kemaskini blog,dekat sebulan,
apa-apa pun aku'post' kan untuk tiga episod pada
sesiapa yang singgah ke blog aku ni. Aku teramat
sibuk baru-baru ini kerana terlibat dengan projek
komik antalogi terbitan PTS yang bakal keluar tak
lama lagi. Minggu lepas aku kemalangan motor pula.
lebih lima hari tak melukis akibat kecederaan di tangan.

Aku dah mula melukis untuk Langkamaya #2... aku akan
'preview' komik ni yang telah siap dalam blog Langkamaya.
Komik Pemburu ni boleh baca dari atas ke bawah. Layan...

Wednesday, September 30, 2009

Pemburu 13 , 14 & 15




Tidak terlambat untuk aku mengucapkan
'Selamat Menyambut Eidulfitri' dan maaf, zahir
dan batin bagi sesiapa yang mengenali atau yang
sudi singgah di blog aku nih.
Maaf diatas kelewatan post komik seperti yang
aku janjikan, Ramadan lepas memang aku teramat
sibuk. Baru start keje sehari dan subuh ni ada
time untuk update blog... boleh baca komik
ni dari atas(ep 13) kebawah...(ep 14 & 15)

Saturday, September 12, 2009

Pemburu 12


Sebelum menyambut Aidilfitri,
aku akan postkan komik ini
sehinggalah episod 13 dan episod 14
yang akan keluar pada 19 september.
Itupun kalau plan asal untuk balik
kampung tidak diubah.


Dan Insya-Allah jika diberi
kelapangan masa pada minggu
ini, aku akan update blog
Langkamaya 2 yang dah lama
aku xupdate. Sabar ya!!

Buku best!!!


Semasa aku membeli belah komik untuk
menyambut raya tahun ni di kinokonuya, klcc,
aku terpandang sebuah buku bertajuk 'Membongkar
misteri Dajal'. Buku yang berharga RM37.90 ini aku beli
tanpa was-was. Buku ini hasil karangan Muhammad
Nurani Maarif cuba menjawab sejauhmana kebenaran
fakta Muhammad Isa Dawud dan membongkar identiti
Dajal secara in-person.

Tinggal beberapa helai lagi buku ini akan habis
dibaca. Apa yang hendak aku kongsikan disini
ialah, sebagai umat akhir zaman, kita sebagai muslim
hendaklah bersedia menghadapi 1001 kemungkinan
yang akan berlaku. Sebagai muslim, kita juga harus
mengenali siapa musuh kita, apakah rancangan jangkamasa
panjang musuh dan tindakan mereka untuk memerangi
umat Islam. Buku yang membongkar misteri stonehenge, patung
terracota dan lain-lain lagi ini boleh dijadikan iktibar dan sebagai
umat Muhammad s.a.w dalam menjaga aqidah dan tauhid.

Aku rekeman korang beli dan baca. Banyak info2 tentang
musuh Islam yang korang akan tahu dan terdedah! Tak
rugi!!!

Komik Pedang



Sedang aku mengemaskini fail folder dalam pc,
aku terjumpa komik yang mengimbas kembali
memori dulu. Komikbercorak fantasi yang aku muatkan
dalam salah sebuah majalah 'infotainment' yang sudah pun
berakhir. Komik ini dilukis dalam keadaan yang tergesa-gesa
dan mendapat idea yang spontan selepas ditelefon oleh editor
kerana mempunyai muka surat yang kosong.

Apa yang cuba aku sembangkan disini adalah,
sebagai pelukis komik, jika berhadapan
dengan 'dateline' yang agak ketat,
seorang pelukis komik itu tidak harus
mencari 1001 alasan untuk tidak
menyiapkan karyanya. Cuma pandai2lah
membahagikan masa dan disiplin
juga harus dijaga, walaupun kebarangkalian
stroke lukisan dan angle yang kurang bila
komik dibuat dalam keadaan yang tergesa2!!

Monday, August 31, 2009

Pemburu 11


Pemburu 11, episod kali ni, sudahpun
tamat scene 'imbas kembali', cerita selanjutnya
akan makin berkembang. Watak-watak baru
akan lebih kerap muncul... semuanya
akan menonjolkan peranan masing-masing...
Korang layan je lah...

Thursday, August 27, 2009

Preview Komik- M raya...


Dua page komik Langkamaya dalam
Komik-M raya... tidak terlalu serius...
korang boleh tengok sendiri bila memiliki
komik-M raya ni...

Komik - M, Raya...


Akhirnya apa yang dirancang menjadi realiti,
terima kasih dan tahniah pada tuan editor komik-M,
inche Wanzu kerana berjaya menrealisasikan komik-m
raya ni. Komik kompilasi ini memuatkan hasil karya
pelukis2 komik-m seperti Azhar(Liga pendekar), Pac(twinx),
Nurazmi(Lulu, Lili, Lala), Alif(Orang Kuat),
Poyo (Kecemprengman), Tembakau( Kartini),
Hafiz(Langkamaya/
aku le tu...), Aviltone(hybrid),
Reja(Shootz) dan Anshari(Budak Takraw). Cover pula
di hasilkan oleh Kromosom...

Apa yang special sangat tentang komik ni? Kerana
ianya menyatukan pelukis-pelukis komik-m
yang mempunyai bermacam-macam ragam cerita
dan kisah yang menarik. Tidak ketinggalan dengan
beraneka jenis stroke dan stail lukisan dalam 1 komik...
Rasa macam buat album lagu kompilasi pun ada...hehehe...
jadi apa korang tunggu lagi? Boleh le dapatkan ke kedai2
buku atau korang klik ke cover komik-m raya disebelah
kiri untuk membeli secara online... rugi kalau korang
xbeli ni, boleh jadikan bahan santapan raya dan hadiah
untuk anak2 dan anak buah... apa2 pun sokonglah
komik Malaysia!!!

Meja Lukis...


Sekarang dalam proses melukis
komik Langkamaya #2, dan aku
selitkan beberapa page yang dah pun
siap, hanya menunggu untuk scan,
' touch-up', masukkan tone dan 'sound effect'.

Sebenarnya banyak cabaran untuk menyiapkan
page by page komik nih, selain dari mencari idea,
mood dan juga imaginasi tentang2 'angle-angle'
untuk di muatkan dalam panel2 juga haruslah
diberi perhatian. Hanya orang yang sudah berkeluarga
sahaja yang tahu ha... ha... ha..., tapi itu tak boleh
dijadikan alasan... hanya kena kuatkan semangat
dan azam, Insya-Allah perkara yang mustahil
pasti akan menjadi. Apa2 pun, komik ni aku
tak boleh nak janjikan bila akan siap, tapi takkan
mengambil masa selama setahun, cuma aku
akan cuba untuk lebih laju di bulan Ramadan
yang berkat ni. Amin!

Friday, August 14, 2009

Pemburu 10


Episod 10, masih lagi dalam mood
'imbas kembali'... dalam musim
penyakit selsema babi ni, komik
pemburu ini juga berkaitan juga
dengan penyakit...

Apa-apa pun harap korang
layan tanpa bosan... blog
Langkamaya 2 sudah pun
ku 'update'. Boleh klik 'banner'
disebelah...

Saturday, August 8, 2009

Pemburu 8 & 9


Siri 8 & 9 masih lagi
dalam berjalan dalam
kisah imbas kembali,
bila membaca siri tersebut
mungkin korang akan
terbayang 'movie-movie'
'zombie' yang sedia ada,
mungkin ada persamaan...
tetapi ikutilah hingga kesudahan
kerana ianya berlainan... ;)

boleh baca dari atas kebawah.

Werk ni merupakan salah
satu yang dilukis untuk
menyertai pergh.com
dalam thread battle...
saja post untuk suka-suka
sambil meng'improve'
stroke...mereka memang
hebat-hebat.

Karekter 'LObo'
yang di redesign kan balik.
Mengambil watak 'Afro Samurai'
dan dikacukkan dengan 'Lobo'...
jadilah 'Lobo Samurai'...karakter Lobo
ni unik... kalau xsilap ada 2 komiknya
yang aku beli, satu hasil lukisan Simon
Bisley
dan satu lagi lukisan yang
dipainting oleh
Hermann Mejia(best wo).

Saturday, August 1, 2009

Blog Langkamaya 2



Memandangkan Komik Langkamaya 2
dalam proses pembikinan, maka aku
telah menzahirkan blog khas untuk
semua yang berkaitan dengan Komik
Langkamaya 2...

Blog ini akan menceritakan
serba sedikit tentang watak-watak
Langkamaya 1, tentang krisis
pendekar, karakter-karakter baru
Langkamaya 2, lakaran,
idea dan juga teknik-teknik
berkaitan penghasilan komik.
Produk-produk baru juga akan
menyusul... Insya-Allah...

Harap korang 'enjoy' dan
bole klik banner yang dipamerkan
di sebelah. Sokonglah
Komik Malaysia!!!

Friday, July 31, 2009

Pemburu siri 6 dan siri 7


Komik pemburu bagi siri 6 dan 7
aku gabungkan sekali, maaf
atas kelewatan,
kesibukan menjadi-jadi
sekarang ni dalam
menguruskan hal ehwal
keluarga... ah! alasan!!! ;)

Dakwat atas kertas




Kalau dulu, waktu kelapangan,
aku selalu meng'improve'kan teknik
pen dengan melukis kembali watak-watak
yang sudah dikenali atau melukis apa-apa
yang aku rasakan menarik. Memulakan dengan:

-mencari gambar rujukan dari internet
-sketch menggunakan pensil technical
-melakarkan dakwat pada bahagian yang sudah
disketchkan tadi.
-dan untuk teknik diatas aku amat selesa untuk
'rendering' walaupun teknik ini mengambil sedikit masa.
( maaf aku x'scan'kan tutorialnya) boleh rujuk
pada pin-up langkamaya.

walaupun teknik ini cukup popular pada masa dulu,
tapi sejak lahirnya teknik digital, maka teknik ini
tenggelam sedikit demi sedikit... apa-apa pun aku
lebih selese dengan teknik ini walaupun dalam komik
Langkamaya aku tidak menzahirkannya.

Sunday, July 12, 2009

Pemburu 5


Untuk siri 5 ini dan seterusnya,
komik pemburu ini akan menonjolkan
watak2 yang akan datang, kisah sebelum
dan selepas... dan apa tugas DIN(hero),
semuanya akan diperjelaskan. Memandangkan
komik pemburu ini format akhbar, jadi...

aku(pelukis) agak terbatas dalam
mempersembahkan panel2 dan cerita,
namun aku akan cuba untuk jadikan
ianya sebagai bahan bacaan komik
seperti komik majalah... dan ianya
juga bergantung dengan masa dan idea!!!

Pemburu 4


maaf atas kelewatan untuk
mengepos siri 4, baru-baru aku
berada diluar kawasan KL... dan
atas kesibukkan lain, tapi
aku masih belum lupa... siri 5
bakal menyusul!!!

making of...


proses illustrasi langkamaya
bagi menghiasi komik-m versi
raya yang akan diterbitkan tidak
lama lagi... komik sepuluh
muka beserta pin-ups...
komik langkamaya versi raye
ini lain sikit dan tidak
seserius komik solonya,
nantikan kemunculannya...
watch out!!!

Thursday, July 2, 2009

Vecor art 2



Dua Illustrasi yang telah
keluar melalui akhbar tempatan.
Menghiasi ruang cerpen, masih
menggunakan lukisan vektor
walaupun dicampur dengan
penggunaan photoshop. Kadang2
dengan adanya teknologi digital
ini, kerja yang rumit boleh dilakukan
dengan cepat. Salah satunya
penggunaan lukisan vektor, tapi lukisan
manual lebih artistik dan ada jiwa... dan
masing2 ada kelebihan dan kekurangan...
mengikut keseswaian dan masa...

saja berkongsi pengalaman...

Vecor art 1


Hellboy movie... lama
dah aku wat lukisan vektor ni,
masa mula2 guillermo del toro
keluarkan Hellboy movie...
apa2 pun Ron Perlmann memang
seswai sangat ngan karakter budak
setan ni!

Pemburu 3



Opps... aku agak sibuk minggu ni,
sibuk ngan urusan keluarga, keta problem,
dan macam-macam yang mencabar. Namun
seperti yang dijanjikan... aku akan post
siri 3 bagi komik biasa-biasa ini... nantikan
siri 4 & 5... aku akan post sekaligus nanti...
apa2 pun tq kerana singgah membaca....

Saturday, June 20, 2009

Pemburu 2


Komik 'Pemburu 2'... komik ini baru
bermula dan pembaca mungkin belum
faham, jadi ikutilah sampai habis dan harap-
harap xboring!!!

Pemburu 1


Seperti yang telah diwartakan pada post
yang lalu mengenai komik suratkhabar yang
berjudul 'Pemburu', maka dengan ini aku
uploadkan Pemburu siri 1. Komik ini mungkin
aku jadikan sebagai komik online.

Namun tarikhnya mestilah selepas terbitnya
dari tarikh akhbar... bagi sesiapa yang
ketinggalan ataupun suka(xsuka
xpayah ;)) untuk baca komik ini bole le
mengikuti blog ini cuma aku xjanji bile
untuk upload, bergantung pada masa dan juga
kerajinanku untuk mengupdate...
Komik ini
bukanlah yang terbaik, masih banyak kelemahan
dan aku jadikan sebagai komik utk meng'improve'kan
skill...
apa-apa pun enjoy!

Komik karakter


Ini merupakan lakaran2 yang
di buat untu komik terbaru
bagi ruangan akhbar utusan m'sia
sisipan WOW yang berjudul Pemburu.
Komik ni bercorak aksi, pengembaraan,
horror dan ada jugak la unsur2 komedi...

tu pun kalau bole dipanggil komedi.
Heronya bernama Din... watak yang agak
hensem, cepat mengambil keputusan...
walaupun pistonye lebih berbentuk 'hair-dryer',
tapi untuk keluaran seterusnya mungkin aku akan
ubah... jadi kalau sesiapa yang xkeberatan utk
melabur duit bagi U.M'sia hari sabtu... bole
le baca komik nih!

Thursday, June 4, 2009

Mangsa Comix


Komik yang berjudul 'Mangsa'
ini telah berlanjutan beberapa bulan,
menghiasi halaman
komik dan kartun bagi salah satu
akhbar tempatan keluaran sabtu.
Komik yang berlatarbelakangkan
perang dunia kedua di tanah melayu.

Ianya berlaku disebuah rumah yang
diduduki oleh tiga beranak diserang
oleh tiga askar Jepun yang mengkehendaki
bekalan makanan.

Askar2 Jepun itu tersilap tanpa
mengetahui siapa sebenarnya penghuni
rumah itu... komik ini bakal tamat pada
minggu ini dan akan digantikan dengan
komik baru yang mempunyai cerita
yang baru. Siapa lagi yang melukisnya
kalau bukan aku!!! ha... ha... ha...

Werk 2


Ini merupakan koleksi2 artwork yang terdahulu,
aku himpunkan dan merekabentuknya sebaik
mungkin untuk dijadikan penanda buku.
Ianya merupakan salah satu produk yang
dijual sewaktu aku membuka booth
disebuah 'shopping complex'
terkemuka.

Tapi sayang, ianya cuma tinggal 'hard copy'
semua 'soft copy'nya telah rosak bersama2
pc hard disk yang lama. Moral dari kisah
ini, sentiasalah ada file backup bagi artwork2
yang menggunakan teknologi digital...arghh...

Thursday, May 21, 2009

Werk





Entah macam mane, sedang
aku godak2 pc, terjumpa file
werk2 yang lame, semuanya
aku kaler cara tersendiri, walaupun
tak semuanya perfect. Lalu baru
aku sedar yang sudah lama aku tak
menggunakan kaler digital!!!

hampeh toll!!!

Festival Hari Guru




Baru-baru ini aku berkesempatan
untuk bertugas di Terengganu
bersempena Festival Hari Guru.
Ada juga aktiviti melukis karikatur,
pelancaran komik kompilasi usik2
karya Kazim dan juga Bengkel komik
yang mana aku jadikan komik Langkamaya
sebagai salah satu daripada lukisan paparan
pada slide show. Bukan sesuatu yang mudah
untuk mengajar ni rupa-rupanya. Argh!!!
Related Posts with Thumbnails