Saturday, September 12, 2009

Komik Pedang



Sedang aku mengemaskini fail folder dalam pc,
aku terjumpa komik yang mengimbas kembali
memori dulu. Komikbercorak fantasi yang aku muatkan
dalam salah sebuah majalah 'infotainment' yang sudah pun
berakhir. Komik ini dilukis dalam keadaan yang tergesa-gesa
dan mendapat idea yang spontan selepas ditelefon oleh editor
kerana mempunyai muka surat yang kosong.

Apa yang cuba aku sembangkan disini adalah,
sebagai pelukis komik, jika berhadapan
dengan 'dateline' yang agak ketat,
seorang pelukis komik itu tidak harus
mencari 1001 alasan untuk tidak
menyiapkan karyanya. Cuma pandai2lah
membahagikan masa dan disiplin
juga harus dijaga, walaupun kebarangkalian
stroke lukisan dan angle yang kurang bila
komik dibuat dalam keadaan yang tergesa2!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails