Tidak terlambat untuk aku mengucapkan 'Selamat Menyambut Eidulfitri' dan maaf, zahir dan batin bagi sesiapa yang mengenali atau yang sudi singgah di blog aku nih. Maaf diatas kelewatan post komik seperti yang aku janjikan, Ramadan lepas memang aku teramat sibuk. Baru start keje sehari dan subuh ni ada time untuk update blog... boleh baca komik ni dari atas(ep 13) kebawah...(ep 14 & 15)
Sebelum menyambut Aidilfitri, aku akan postkan komik ini sehinggalah episod 13 dan episod 14 yang akan keluar pada 19 september. Itupun kalau plan asal untuk balik kampung tidak diubah.
Dan Insya-Allah jika diberi kelapangan masa pada minggu ini, aku akan update blog Langkamaya 2 yang dah lama aku xupdate. Sabar ya!!
Semasa aku membeli belah komik untuk menyambut raya tahun ni di kinokonuya, klcc, aku terpandang sebuah buku bertajuk 'Membongkar misteri Dajal'. Buku yang berharga RM37.90 ini aku beli tanpa was-was. Buku ini hasil karangan Muhammad Nurani Maarif cuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Dawud dan membongkar identiti Dajal secara in-person.
Tinggal beberapa helai lagi buku ini akan habis dibaca. Apa yang hendak aku kongsikan disini ialah, sebagai umat akhir zaman, kita sebagai muslim hendaklah bersedia menghadapi 1001 kemungkinan yang akan berlaku. Sebagai muslim, kita juga harus mengenali siapa musuh kita, apakah rancangan jangkamasa panjang musuh dan tindakan mereka untuk memerangi umat Islam. Buku yang membongkar misteri stonehenge, patung terracota dan lain-lain lagi ini boleh dijadikan iktibar dan sebagai umat Muhammad s.a.w dalam menjaga aqidah dan tauhid.
Aku rekeman korang beli dan baca. Banyak info2 tentang musuh Islam yang korang akan tahu dan terdedah! Tak rugi!!!
Sedang aku mengemaskini fail folder dalam pc, aku terjumpa komik yang mengimbas kembali memori dulu. Komikbercorak fantasi yang aku muatkan dalam salah sebuah majalah 'infotainment' yang sudah pun berakhir. Komik ini dilukis dalam keadaan yang tergesa-gesa dan mendapat idea yang spontan selepas ditelefon oleh editor kerana mempunyai muka surat yang kosong.
Apa yang cuba aku sembangkan disini adalah, sebagai pelukis komik, jika berhadapan dengan 'dateline' yang agak ketat, seorang pelukis komik itu tidak harus mencari 1001 alasan untuk tidak menyiapkan karyanya. Cuma pandai2lah membahagikan masa dan disiplin juga harus dijaga, walaupun kebarangkalian stroke lukisan dan angle yang kurang bila komik dibuat dalam keadaan yang tergesa2!!