Monday, February 1, 2010

Data Jualan Komik-M bagi tahun 2009

Alhamdulillah jualan ke semua tajuk-tajuk 'komik-M' amat

memberansangkan. Ini menunujukkan yang komik-m@komik Malaysia
mula mendapat tempat di hati pembaca-pembaca. Komik-M juga dapat
memberi saingan dengan kemasukan komik-komik Jepun, Amerika dan Hong
Kong... dan syabas kepada PTS dan juga pelukis-pelukis dan pengkarya-pengkarya
Komik yang berjuang tanpa jemu dan bosan untuk memastikan yang Komik Malaysia
mempunyai identiti yang tersendiri dan menampilkan naskhah-naskhah yang
berkualiti.

Data ini memberi semangat padaku untuk terus berkarya... (walaupun lambat sikit hehehehe)
tapi tu la... Kecempreng man #1, #2 dan Twinx #1 takde pulak dalam list?...

Perjuangan Membuka Pasaran Laut Biru Komik-M

PTS menerbitkan siri Komik-M (singkatan Komik-Malaysia) yang mempunyai 2 ciri utama yang membezakannya dengan komik-komik lain dalam pasaran, yakni (i) syariah-compliant, dan (ii) menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Projek Komik-M adalah satu lagi projek inovasi dari jabatan editorial PTS. Sebagaimana dengan usaha memperkenalkan inovasi baru, ia melibatkan kerja kuat yang mesti dilakukan dengan modal yang besar, secara sistematik, berfokus, bertubi-tubi dan konsisten bagi mempengaruhi dan mengubah citarasa pengguna yang ditargetkan.

Data di bawah adalah rekod jualan Komik-M bagi tahun 2009.

dan dirujuk pada blog dunia feeqry ( aku ambil dari kiraan blog korang ;) )

1. Shootz! (Reja) - 3,964 BLOG REJA

2. Komik-M Raya 1 (Artis2 Komik-M) - 3,812

3. Kad Raya dari Syurga (Artis-artis Komik-M) - 3,344

4. Komik-M Kartini (Tembakau) - 3,159

5. Langkamaya (Hafiz) - 2,777 BLOG HAFIZ

6. Takaza 1 (Sitrahaslee) - 2,463

7. Orang Kuat (Alif Kacak) - 2,399 BLOG ALIF

8. Twin-X 2 (PAC)- 2,392

9. Budak Takraw 1 (Anshari) - 2,362 BLOG ANSHARI

10. Hibrid 1 (Aviltone) - 2,164

11. Lili Lulu Lala 2 (Nurazmi) - 2,052 BLOG NURAZMI

12. Smash-20 (Irfan F-one-R :D) - 1,857 BLOG F-ONE-R

13. Shootz! 2 (Reja) - 1,812 BLOG REJA

14. Aku, Kau & Komik 1 (Artis-artis Komik-M) - 1,662

15. Liga Pendekar: Perikatan Adiwira (Azhar Abdullah) - 1,544 BLOG AZHAR

16. Lili Lulu Lala 1 (Nurazmi) - 1,053 BLOG NURAZMI

17. Aku, Kau & Komik 2 (Artis-artis Komik-M) - 927

18. Kartini Kembali (Tembakau) - 386

link asal

6 comments:

  1. wahh bagus ni amat memberangsangkan

    ReplyDelete
  2. bagus bagi semua naskhah dan tajuk2 komik-m,
    komik ke 2 inche azha bile mau kluar? ;)

    ReplyDelete
  3. tersangat la sibuk..membantut proses menyiapkan komik baru..dan sejak akhir2 ini asyik rasa tak larat je bila d tengah mlm nak buat komik...

    ReplyDelete
  4. hehehe... ingatkan aku yg mengalami masalah yang sama... biasa la, umur makin meningkat, kekuatan dan tenaga x sama macam bujang2 dulu...
    alaf 21 dah buat komik, ko tak mahu cuba ke? ;)

    ReplyDelete
  5. aik apasal aku tak masuk senarai! Opsss aku tak pernah publishkan artwork rupanyer he he...

    apa pon taniah bro bnyak laku gak ni... teruskan bekarya eh

    ReplyDelete
  6. hehehe... tq kerana menyokong...
    lukisan inche indra makin mengancam,
    bile lagi nak wat komik?
    komik-m ada, alaf 21 pun dah buka
    peluang? ;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails