Pemburu 11, episod kali ni, sudahpun tamat scene 'imbas kembali', cerita selanjutnya akan makin berkembang. Watak-watak baru akan lebih kerap muncul... semuanya akan menonjolkan peranan masing-masing... Korang layan je lah...
Akhirnya apa yang dirancang menjadi realiti, terima kasih dan tahniah pada tuan editor komik-M, inche Wanzu kerana berjaya menrealisasikan komik-m raya ni. Komik kompilasi ini memuatkan hasil karya pelukis2 komik-m seperti Azhar(Liga pendekar), Pac(twinx), Nurazmi(Lulu, Lili, Lala), Alif(Orang Kuat), Poyo (Kecemprengman), Tembakau( Kartini), Hafiz(Langkamaya/aku le tu...), Aviltone(hybrid), Reja(Shootz) dan Anshari(Budak Takraw). Cover pula di hasilkan oleh Kromosom...
Apa yang special sangat tentang komik ni? Kerana ianya menyatukan pelukis-pelukis komik-m yang mempunyai bermacam-macam ragam cerita dan kisah yang menarik. Tidak ketinggalan dengan beraneka jenis stroke dan stail lukisan dalam 1 komik... Rasa macam buat album lagu kompilasi pun ada...hehehe... jadi apa korang tunggu lagi? Boleh le dapatkan ke kedai2 buku atau korang klik ke cover komik-m raya disebelah kiri untuk membeli secara online... rugi kalau korang xbeli ni, boleh jadikan bahan santapan raya dan hadiah untuk anak2 dan anak buah... apa2 pun sokonglah komik Malaysia!!!
Sekarang dalam proses melukis komik Langkamaya #2, dan aku selitkan beberapa page yang dah pun siap, hanya menunggu untuk scan, ' touch-up', masukkan tone dan 'sound effect'.
Sebenarnya banyak cabaran untuk menyiapkan page by page komik nih, selain dari mencari idea, mood dan juga imaginasi tentang2 'angle-angle' untuk di muatkan dalam panel2 juga haruslah diberi perhatian. Hanya orang yang sudah berkeluarga sahaja yang tahu ha... ha... ha..., tapi itu tak boleh dijadikan alasan... hanya kena kuatkan semangat dan azam, Insya-Allah perkara yang mustahil pasti akan menjadi. Apa2 pun, komik ni aku tak boleh nak janjikan bila akan siap, tapi takkan mengambil masa selama setahun, cuma aku akan cuba untuk lebih laju di bulan Ramadan yang berkat ni. Amin!
Siri 8 & 9 masih lagi dalam berjalan dalam kisah imbas kembali, bila membaca siri tersebut mungkin korang akan terbayang 'movie-movie' 'zombie' yang sedia ada, mungkin ada persamaan... tetapi ikutilah hingga kesudahan kerana ianya berlainan... ;) boleh baca dari atas kebawah.
Werk ni merupakan salah satu yang dilukis untuk menyertai pergh.com dalam thread battle... saja post untuk suka-suka sambil meng'improve' stroke...mereka memang hebat-hebat.
Karekter 'LObo' yang di redesign kan balik. Mengambil watak 'Afro Samurai' dan dikacukkan dengan 'Lobo'... jadilah 'Lobo Samurai'...karakter Lobo ni unik... kalau xsilap ada 2 komiknya yang aku beli, satu hasil lukisan Simon Bisley dan satu lagi lukisan yang dipainting oleh Hermann Mejia(best wo).
Memandangkan Komik Langkamaya 2 dalam proses pembikinan, maka aku telah menzahirkan blog khas untuk semua yang berkaitan dengan Komik Langkamaya 2...
Blog ini akan menceritakan serba sedikit tentang watak-watak Langkamaya 1, tentang krisis pendekar, karakter-karakter baru Langkamaya 2, lakaran, idea dan juga teknik-teknik berkaitan penghasilan komik. Produk-produk baru juga akan menyusul... Insya-Allah...
Harap korang 'enjoy' dan bole klik banner yang dipamerkan di sebelah. Sokonglah Komik Malaysia!!!