Hanya untuk memaparkan tentang proses melukiskomik... argh!!! Mungkin ramai dah tahu bagi merekayang sememangnya pelukis komik. Aku sahaja hendakberkongsi, lagipun dah lama tak update blog ni. Di ambil
daripada komik 'PEMBURU'(komik akhbar sisipan/WOW)
dari akhbar lokal:A) Lukisan komik yang sudah siap di
sketch, inking dan
sudahpun di
scan beresolusi 300 dpi. Sebelum di
scan,
hendaklah lukisan komik tersebut sudahpun dipadam
sketching pensel dan bagi sesiapa yang menggunakan
pensel biru tak perlu padam, hanya terus
scan!proses ini memerlukan kebersihan pada lukisan komik,
memandangkan proses seterusnya akan melalui
pewarnaan digital.
B) Latar belakang panel diwarnai terlebih dahulu,
modeini mengikut kreativiti
colourist mengikut tema, skrip ataupun
suasana peristiwa jalan cerita komik itu sendiri agar kelihatan
menarik dan
real.
C) Proses berikutnya memerlukan daya kekuatan kreativiti untuk
memasukkan elemen-elemen efek pada latar belakang watak-watak
untuk memainkan suasana hidup dan lebih dramatik!
(betul ke tu?)
D) Proses final, semua watak-watak yang ada diwarnai sepenuhnya
menggunakan warna digital, teknik gelap dan cerah perlu ada, untuk
memastikan yang watak-watak itu lebih menonjol dari pewarnaan latar
belakang.