Illustrasi ni dilukis menggunakan adobe illustrator dan Photoshop. Illustrasi untuk cerpen muslimah/ tokoh-tokoh pejuang muslimah yang akan disiarkan pada akhbar Utusan Malaysia/ mega... Layan sebenarnya bila melukis illustrasi sebegini. Berbeza dengan lukis komik kena banyak memikirkan tentang panel, komposisi, berimaginasi dan lain-lain. Illustrasi bahan yang telah diberi dan hanya berpandukan kehendak bahan, tema dan konsep cerpen itu sendiri.
Ini merupakan tiga mukasurat komik antologi PTS dari sepuluh mukasurat. Semua komik ni sudah pun siap dan akan diterbitkan tidak lama lagi. Konsep komik yang dikemukan bertemakan 'Aku, Kau & Komik".
Di harap sesiapa yang minat akan komik boleh terus memilikinya bila keluar nanti. Dengar ceritanya dari editor Komik-M, Encik Wanzu, komik antologi ini akan keluar vol 1 & 2. Bertambah meriah le terbitan komik-M. Apa-apa pun, sokonglah komik Malaysia!!!
Sudah lama aku tak kemaskini blog,dekat sebulan, apa-apa pun aku'post' kan untuk tiga episod pada sesiapa yang singgah ke blog aku ni. Aku teramat sibuk baru-baru ini kerana terlibat dengan projek komik antalogi terbitan PTS yang bakal keluar tak lama lagi. Minggu lepas aku kemalangan motor pula. lebih lima hari tak melukis akibat kecederaan di tangan.
Aku dah mula melukis untuk Langkamaya #2... aku akan 'preview' komik ni yang telah siap dalam blog Langkamaya. Komik Pemburu ni boleh baca dari atas ke bawah. Layan...