Komik pemburu bagi siri 6 dan 7 aku gabungkan sekali, maaf atas kelewatan, kesibukan menjadi-jadi sekarang ni dalam menguruskan hal ehwal keluarga... ah! alasan!!! ;)
Kalau dulu, waktu kelapangan, aku selalu meng'improve'kan teknik pen dengan melukis kembali watak-watak yang sudah dikenali atau melukis apa-apa yang aku rasakan menarik. Memulakan dengan:
-mencari gambar rujukan dari internet -sketch menggunakan pensil technical -melakarkan dakwat pada bahagian yang sudah disketchkan tadi. -dan untuk teknik diatas aku amat selesa untuk 'rendering' walaupun teknik ini mengambil sedikit masa. ( maaf aku x'scan'kan tutorialnya) boleh rujuk pada pin-up langkamaya.
walaupun teknik ini cukup popular pada masa dulu, tapi sejak lahirnya teknik digital, maka teknik ini tenggelam sedikit demi sedikit... apa-apa pun aku lebih selese dengan teknik ini walaupun dalam komik Langkamaya aku tidak menzahirkannya.
Untuk siri 5 ini dan seterusnya, komik pemburu ini akan menonjolkan watak2 yang akan datang, kisah sebelum dan selepas... dan apa tugas DIN(hero), semuanya akan diperjelaskan. Memandangkan komik pemburu ini format akhbar, jadi...
aku(pelukis) agak terbatas dalam mempersembahkan panel2 dan cerita, namun aku akan cuba untuk jadikan ianya sebagai bahan bacaan komik seperti komik majalah... dan ianya juga bergantung dengan masa dan idea!!!
maaf atas kelewatan untuk mengepos siri 4, baru-baru aku berada diluar kawasan KL... dan atas kesibukkan lain, tapi aku masih belum lupa... siri 5 bakal menyusul!!!
proses illustrasi langkamaya bagi menghiasi komik-m versi raya yang akan diterbitkan tidak lama lagi... komik sepuluh muka beserta pin-ups... komik langkamaya versi raye ini lain sikit dan tidak seserius komik solonya, nantikan kemunculannya... watch out!!!
Dua Illustrasi yang telah keluar melalui akhbar tempatan. Menghiasi ruang cerpen, masih menggunakan lukisan vektor walaupun dicampur dengan penggunaan photoshop. Kadang2 dengan adanya teknologi digital ini, kerja yang rumit boleh dilakukan dengan cepat. Salah satunya penggunaan lukisan vektor, tapi lukisan manual lebih artistik dan ada jiwa... dan masing2 ada kelebihan dan kekurangan... mengikut keseswaian dan masa...
Hellboy movie... lama dah aku wat lukisan vektor ni, masa mula2 guillermo del toro keluarkan Hellboy movie... apa2 pun Ron Perlmann memang seswai sangat ngan karakter budak setan ni!
Opps... aku agak sibuk minggu ni, sibuk ngan urusan keluarga, keta problem, dan macam-macam yang mencabar. Namun seperti yang dijanjikan... aku akan post siri 3 bagi komik biasa-biasa ini... nantikan siri 4 & 5... aku akan post sekaligus nanti... apa2 pun tq kerana singgah membaca....