Monday, August 31, 2009

Pemburu 11


Pemburu 11, episod kali ni, sudahpun
tamat scene 'imbas kembali', cerita selanjutnya
akan makin berkembang. Watak-watak baru
akan lebih kerap muncul... semuanya
akan menonjolkan peranan masing-masing...
Korang layan je lah...

Thursday, August 27, 2009

Preview Komik- M raya...


Dua page komik Langkamaya dalam
Komik-M raya... tidak terlalu serius...
korang boleh tengok sendiri bila memiliki
komik-M raya ni...

Komik - M, Raya...


Akhirnya apa yang dirancang menjadi realiti,
terima kasih dan tahniah pada tuan editor komik-M,
inche Wanzu kerana berjaya menrealisasikan komik-m
raya ni. Komik kompilasi ini memuatkan hasil karya
pelukis2 komik-m seperti Azhar(Liga pendekar), Pac(twinx),
Nurazmi(Lulu, Lili, Lala), Alif(Orang Kuat),
Poyo (Kecemprengman), Tembakau( Kartini),
Hafiz(Langkamaya/
aku le tu...), Aviltone(hybrid),
Reja(Shootz) dan Anshari(Budak Takraw). Cover pula
di hasilkan oleh Kromosom...

Apa yang special sangat tentang komik ni? Kerana
ianya menyatukan pelukis-pelukis komik-m
yang mempunyai bermacam-macam ragam cerita
dan kisah yang menarik. Tidak ketinggalan dengan
beraneka jenis stroke dan stail lukisan dalam 1 komik...
Rasa macam buat album lagu kompilasi pun ada...hehehe...
jadi apa korang tunggu lagi? Boleh le dapatkan ke kedai2
buku atau korang klik ke cover komik-m raya disebelah
kiri untuk membeli secara online... rugi kalau korang
xbeli ni, boleh jadikan bahan santapan raya dan hadiah
untuk anak2 dan anak buah... apa2 pun sokonglah
komik Malaysia!!!

Meja Lukis...


Sekarang dalam proses melukis
komik Langkamaya #2, dan aku
selitkan beberapa page yang dah pun
siap, hanya menunggu untuk scan,
' touch-up', masukkan tone dan 'sound effect'.

Sebenarnya banyak cabaran untuk menyiapkan
page by page komik nih, selain dari mencari idea,
mood dan juga imaginasi tentang2 'angle-angle'
untuk di muatkan dalam panel2 juga haruslah
diberi perhatian. Hanya orang yang sudah berkeluarga
sahaja yang tahu ha... ha... ha..., tapi itu tak boleh
dijadikan alasan... hanya kena kuatkan semangat
dan azam, Insya-Allah perkara yang mustahil
pasti akan menjadi. Apa2 pun, komik ni aku
tak boleh nak janjikan bila akan siap, tapi takkan
mengambil masa selama setahun, cuma aku
akan cuba untuk lebih laju di bulan Ramadan
yang berkat ni. Amin!

Friday, August 14, 2009

Pemburu 10


Episod 10, masih lagi dalam mood
'imbas kembali'... dalam musim
penyakit selsema babi ni, komik
pemburu ini juga berkaitan juga
dengan penyakit...

Apa-apa pun harap korang
layan tanpa bosan... blog
Langkamaya 2 sudah pun
ku 'update'. Boleh klik 'banner'
disebelah...

Saturday, August 8, 2009

Pemburu 8 & 9


Siri 8 & 9 masih lagi
dalam berjalan dalam
kisah imbas kembali,
bila membaca siri tersebut
mungkin korang akan
terbayang 'movie-movie'
'zombie' yang sedia ada,
mungkin ada persamaan...
tetapi ikutilah hingga kesudahan
kerana ianya berlainan... ;)

boleh baca dari atas kebawah.

Werk ni merupakan salah
satu yang dilukis untuk
menyertai pergh.com
dalam thread battle...
saja post untuk suka-suka
sambil meng'improve'
stroke...mereka memang
hebat-hebat.

Karekter 'LObo'
yang di redesign kan balik.
Mengambil watak 'Afro Samurai'
dan dikacukkan dengan 'Lobo'...
jadilah 'Lobo Samurai'...karakter Lobo
ni unik... kalau xsilap ada 2 komiknya
yang aku beli, satu hasil lukisan Simon
Bisley
dan satu lagi lukisan yang
dipainting oleh
Hermann Mejia(best wo).

Saturday, August 1, 2009

Blog Langkamaya 2



Memandangkan Komik Langkamaya 2
dalam proses pembikinan, maka aku
telah menzahirkan blog khas untuk
semua yang berkaitan dengan Komik
Langkamaya 2...

Blog ini akan menceritakan
serba sedikit tentang watak-watak
Langkamaya 1, tentang krisis
pendekar, karakter-karakter baru
Langkamaya 2, lakaran,
idea dan juga teknik-teknik
berkaitan penghasilan komik.
Produk-produk baru juga akan
menyusul... Insya-Allah...

Harap korang 'enjoy' dan
bole klik banner yang dipamerkan
di sebelah. Sokonglah
Komik Malaysia!!!

Related Posts with Thumbnails