Saturday, June 20, 2009

Pemburu 2


Komik 'Pemburu 2'... komik ini baru
bermula dan pembaca mungkin belum
faham, jadi ikutilah sampai habis dan harap-
harap xboring!!!

Pemburu 1


Seperti yang telah diwartakan pada post
yang lalu mengenai komik suratkhabar yang
berjudul 'Pemburu', maka dengan ini aku
uploadkan Pemburu siri 1. Komik ini mungkin
aku jadikan sebagai komik online.

Namun tarikhnya mestilah selepas terbitnya
dari tarikh akhbar... bagi sesiapa yang
ketinggalan ataupun suka(xsuka
xpayah ;)) untuk baca komik ini bole le
mengikuti blog ini cuma aku xjanji bile
untuk upload, bergantung pada masa dan juga
kerajinanku untuk mengupdate...
Komik ini
bukanlah yang terbaik, masih banyak kelemahan
dan aku jadikan sebagai komik utk meng'improve'kan
skill...
apa-apa pun enjoy!

Komik karakter


Ini merupakan lakaran2 yang
di buat untu komik terbaru
bagi ruangan akhbar utusan m'sia
sisipan WOW yang berjudul Pemburu.
Komik ni bercorak aksi, pengembaraan,
horror dan ada jugak la unsur2 komedi...

tu pun kalau bole dipanggil komedi.
Heronya bernama Din... watak yang agak
hensem, cepat mengambil keputusan...
walaupun pistonye lebih berbentuk 'hair-dryer',
tapi untuk keluaran seterusnya mungkin aku akan
ubah... jadi kalau sesiapa yang xkeberatan utk
melabur duit bagi U.M'sia hari sabtu... bole
le baca komik nih!

Thursday, June 4, 2009

Mangsa Comix


Komik yang berjudul 'Mangsa'
ini telah berlanjutan beberapa bulan,
menghiasi halaman
komik dan kartun bagi salah satu
akhbar tempatan keluaran sabtu.
Komik yang berlatarbelakangkan
perang dunia kedua di tanah melayu.

Ianya berlaku disebuah rumah yang
diduduki oleh tiga beranak diserang
oleh tiga askar Jepun yang mengkehendaki
bekalan makanan.

Askar2 Jepun itu tersilap tanpa
mengetahui siapa sebenarnya penghuni
rumah itu... komik ini bakal tamat pada
minggu ini dan akan digantikan dengan
komik baru yang mempunyai cerita
yang baru. Siapa lagi yang melukisnya
kalau bukan aku!!! ha... ha... ha...

Werk 2


Ini merupakan koleksi2 artwork yang terdahulu,
aku himpunkan dan merekabentuknya sebaik
mungkin untuk dijadikan penanda buku.
Ianya merupakan salah satu produk yang
dijual sewaktu aku membuka booth
disebuah 'shopping complex'
terkemuka.

Tapi sayang, ianya cuma tinggal 'hard copy'
semua 'soft copy'nya telah rosak bersama2
pc hard disk yang lama. Moral dari kisah
ini, sentiasalah ada file backup bagi artwork2
yang menggunakan teknologi digital...arghh...
Related Posts with Thumbnails